Sunday 11 December 2011

SIARAN LANGSUNG EURO 2012 DI TV3


RANGKAIAN Televisyen Media Prima (TV3, TV7, TV8, TV9) meneruskan tradisi mereka apabila mendapat hak selaku penyiar rasmi untuk menyiar secara langsung kejohanan bola sepak empat tahun sekali berprestij,Piala Eropah 2021 atau EURo 2012.

Pada kejohanan EURO 2008, rangkaian Media Prima turut mendapat hak eksklusif dengan menjadi penyiar rasmi siaran langsung bagi penonton di Malaysia.

EURO 2012 akan berlangsung di Poland dan Ukraine Jun 2012.

Ketua Pegawai Operasi Rangkaian TV Media Prima Berhad,Ahmad Izham Omar berkata, pihaknya akan berbincang bagi menentu saluran manakah yang akan menyiarkan siaran langsung itu sama ada TV3, NTV7, 8TV ataupun TV9.

" Kita baru sahaja mendapat hak siaran sebagai stesen penyiar rasmi Euro 2012 di negara ini. Ini adalah salah satu berita gembira dalam Media Prima Nite yang kami umumkan,''katanya.

Hak eksklusif siaran bermakna tiada mana-mana stesen televisyen di Malaysia termasuk Astro yang boleh menyiarkan secara LIVE EURO 2012 kecuali rangkaian Media Prima sahaja.

No comments:

Post a Comment