Sunday 11 December 2011

SIARAN LANGSUNG EURO 2012 DI TV3


RANGKAIAN Televisyen Media Prima (TV3, TV7, TV8, TV9) meneruskan tradisi mereka apabila mendapat hak selaku penyiar rasmi untuk menyiar secara langsung kejohanan bola sepak empat tahun sekali berprestij,Piala Eropah 2021 atau EURo 2012.

Pada kejohanan EURO 2008, rangkaian Media Prima turut mendapat hak eksklusif dengan menjadi penyiar rasmi siaran langsung bagi penonton di Malaysia.

EURO 2012 akan berlangsung di Poland dan Ukraine Jun 2012.

Ketua Pegawai Operasi Rangkaian TV Media Prima Berhad,Ahmad Izham Omar berkata, pihaknya akan berbincang bagi menentu saluran manakah yang akan menyiarkan siaran langsung itu sama ada TV3, NTV7, 8TV ataupun TV9.

" Kita baru sahaja mendapat hak siaran sebagai stesen penyiar rasmi Euro 2012 di negara ini. Ini adalah salah satu berita gembira dalam Media Prima Nite yang kami umumkan,''katanya.

Hak eksklusif siaran bermakna tiada mana-mana stesen televisyen di Malaysia termasuk Astro yang boleh menyiarkan secara LIVE EURO 2012 kecuali rangkaian Media Prima sahaja.

Jadual EURO 2012 Waktu Malaysia

Jadual Penuh EURO 2012


Kejohanan Piala Eropah 2012 atau EURO 2012 akan bermula pada 8 Jun 2012. Dua negara menjadi tuan rumah bersama iaitu Poland dan Ukraine.

Peminat di Malaysia boleh menyaksikan siaran langsung EURO 2012 secara percuma apabila stesen televisyen rangkaian Media Prima yang merangkumi TV3, TV7, TV9, dan TV8 mendapat hak siaran bagi menyiarkan secara langsung perlawanan EURO 2012 kepada peminat tempatan.

Jadual Euro 2012. Kumpulan B Jadi “Kumpulan Maut”. Mana Satu Pasukan Pilihan Anda?

Jadual Euro 2012 telah pun keluar. Sudah ada cakap-cakap yang meramalkan pasukan ini akan terkeluar, pasukan itu akan pergi ke pusingan seterusnya dan ada pula yang dah boleh meramalkan pasukan tersebut akan menjadi jura. Hebat….

Sekali pandangan semacam Kumpulan C adalah kumpulan maut, tetapi apabila melihatkan kelibat pasukan-pasukan gergasi bola sepak Eropah seperti Netherlands, Denmark, Germany & Portugal dihimpunkan dalam satu kumpulan, maka hampir kebanyakan pemerhati bola sepak merasakan setiap pasukan dalam kumpulan B akan melalui tempoh yang sukar di peringkat kumpulan sehingga berjaya menentukan siapa yang layak ke peringkat seterusnya.

Berdasarkan kepada pencapaian kesemua pasukan dalam kumpulan maut (kumpulan B ) semasa Piala Dunia 2010 & kelayakan Euro 20120 yang lalu, kami jangka Netherlands dan juga Germany yang akan mara akan ke pusingan seterusnya. Jangkaan kami sahaja. Mungkin betul, mungkin tidak. Tetapi, tetapi jangan kita lupa kelibat pasukan Portugal ini. Apapun kumpulan B paling menarik setakat ini.

Tetapi itulah kalau dah sampai ke kejohanan bola sepak terbesar di Eropah ini, tak semua peminat bola sepak boleh jadi “ahli nujum”. Adakala kita jangka pasukan-pasukan ini yang akan mara, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.

Kalau tadi, kumpulan B dianggap kumpulan maut (group of death) tetapi bagi kumpulan C pula kami gelarkan sebagai (group of DEBT). Walaupun ekonomi negara mereka sedang dilanda musibah, tetapi itu semua tidak melemahkan semangat pasukan bola sepak mereka. Manakala, bola rasmi Euro 2012 adalah tango 12 merupakan bola rasm daripada Adidas yang ke 11. Direka oleh  lagenda olimpik Ukraine, Serhiy Bubka